Bajet Kawan..!

Assalamu’alaikum dan selamat sejahtera kawan-kawan. Dah lama aku tak menulis di sini. Dalam beberapa N3 aku yang lepas, kebanyakannya bercerita pasal kawan dan kawan-kawan. Dalam N3 ini, aku masih  juga nak melipurkan pasal satu kisah yang berkaitan dengan kawan (atau lawan?). Tapi kali ini lebih berkisar pasal kejadian yang boleh diambil sebagai pengajaran/iktibar/teladan/pedoman untuk kita semua.

Scinortxelf Scitsalp (SS) dan kegawatan ekonomi pada penghujung 2008/awalan 2009:  itulah permulaannya. Tapi sebelum bercerita lanjut, mari kita letak nama mamat ni sebagai Hegnes, senang sikit nak panggil. Okey, ceritanya macam ni..

Pada masa tu, di SS inilah ada seorang mamat ni bekerja mencari beratus-ratus (beribu-ribu?) suap nasi.  Di SS ni jumlah pekerjanya  melebihi 10,000 orang kalau tak silap. Tetapi di jabatan tempat Hegnes ni bertugas, paling ramai pun cuma 1,ooo lebih sahaja pekerjanya. Dan biasalah di tempat kerja, rakan-rakan sekerja adalah ‘kawan-kawannya’ juga. Gedebak gedebuk gedebak gedebuk, dah 4 tahun lebih dia kerja kat SS.

Nak dijadikan cerita, berlaku lagilah kemelesetan ekonomi angkara bank-bank Amerika Syarikat (AS) yang teramat ‘cerdik’ pada hujung tahun tu. Oleh sebab projek yang diterima SS adalah 80-90% daripada pelanggan AS, maka hendak tak hendak terpaksalah terjejas perniagaannya. Jadi antara langkah yang diambil oleh SS untuk  mengurangkan kos adalah dengan menawarkan Skim Pemisahan Sukarela kepada pekerja-pekerjanya. Mana-mana pekerja yang rasa dah menyampah tak nak kerja lagi kat situ, mereka pun menerima tawaran yang diberikan tu. Di samping boleh cari kerja kat tempat lain, dapat la juga pampasan. Tetapi dalam pada ditawarkan secara sukarela, ada juga pekerja-pekerja yang ditawarkan secara ‘paksarela’, iaitu dipaksa menandatangani surat tawaran secara rela (hmm.. macamana tu..?). Mereka ni adalah pekerja yang dianggap menyemak je, simpan pun buat perabis beras kurang menunjukkan prestasi yang baik oleh SS. Kira SS ni dah terdesak la untuk mengurangkan kos.

Akan tetapi, si mamat Hegnes ni tidak menerima dan juga dipaksa menerima tawaran tersebut. Jadi kembang la lubang hidung dia sebab mesti ingat dia ni bagus la (aku agak je, hehe..). Jadi sementara sebahagaian rakan-rakannya berhijrah ke tempat lain, Hegnes ni pula masih terus membodek bekerja di SS untuk sekian masa….

Kebanyakan pekerja memang menjangkakan yang SS tidak dapat bertahan lama, dan memang itulah yang berlaku pada pertengahan tahun 2010 ni. Semua saki baki pekerja yang tinggal telah ditawarkan Skim Pemisahan Sukarela tu, tidak terkecuali si mamat Hegnes ni. Kali ni memang la dia tandatangani surat tawaran tu, sebab takkan la dia nak jadi ‘penunggu’ kat bangunan kosong tu kan.

Dalam beberapa ketika mengemis mencari, dapat la dia kerja. Walaupun dah bekerja di tempat  lain, dia masih lagi bersama beberapa rakannya bekerja bersama-sama. Semangat setia kawan la kononnya. Sebenarnya, tempat kerja yang baru ni tidak begitu ‘mesra’ (macamana aku nak cakap yang tepat ye..). Contohnya, mereka terpaksa (dipaksa?) untuk bekerja lebih masa, sehingga kadangkala melebihi 16jam bekerja. Tak macam kat SS, paling lama pun 12jam je. Kalau ada yang kerja lebih lagi (..untuk support  SS, kata mereka yang membodek terlibat), tu pun dalam bulan Mac (sebab  penilaian untuk kenaikan gaji dibuat dalam bulan Mac tu). Tetapi disebabkan keadaan ekonomi sekarang ni, nak tak nak terpaksa la terus bekerja (dah tak boleh nak bodek dah, macam kat SS, hahaha..).

Dalam tempoh lebih kurang sebulan bekerja di situ, maka yang ditunggu-tunggu dah tiba.. Ya, duit pampasan telah pun dikreditkan ke akaun. Sementara rakan-rakan yang lain terus mencari rezeki di situ, tetapi tidak bagi si Hegnes ni. Tanpa menoleh ke belakang (terpengaruh dengan satu filem seram tempatan, hehe..), dan tanpa berlengah dia pun angkat kaki. Ya, dia cabut dari tempat kerja baru tu, dengan tak memberitahu rakan-rakannya. Ye la, dah jadi orang ‘kaya’, buat apa kerja lagi kan (ceh, primitif punya pemikiran..).

Maka, tinggallah rakan-rakannya terus bekerja pecah batu membanting tulang yang dah tak cukup kerat tu mencari beberapa puluh suap nasi.. Walaupun dorang ni pun dapat duit pampasan SPS tu juga, tapi tak lah banyak sebab dorang kerja kat SS pun tak lama macam si Hegnes tu.Setelah beberapa tempoh dorang kerja, maka dorang pun agak biasa juga la dengan suasana kerja kat situ..

Dorang ni pelik sebenarnya dengan Hegnes yang pergi tanpa menuturkan sepatah kata, tanpa mengungkapkan sebutir bicara. Jadi cubalah dorang menghubungi Si Hegnes ni. Tapi tanpa disangka mereka tak dapat pula nak contact dia. Call, diangkat (henfonnya) tapi tak dijawabnya. SMS, dibuka (mesejnya) tapi tak dibalasnya. Diorang semakin pelik la jadinya. Dorang contact la member-member lain bertanyakan pasal si Hegnes ni kenapa (ye la mana tau jadi mangsa r***** dan b**** ke, siapa tahu kan, dah ‘kaya’..). Member-member lain sebenarnya dah pun cuba hubungi Hegnes, tapi memang tak dijawab, memang tak dibalas, sebab kali ni dia dah pakai assistant dah, perempuan lagi; yang tolong jawabkan: ‘nombor yang anda dail, tidak dapat dihubungi. Sila cuba sebentar lagi, terima kasih.‘ Dah ‘kaya’, pakai la assistant  kan. Cis, ini bermakna mamat ni dah tukar nombor  la pulak. Hmm.. kenapa ye, mesti ada udang di sebalik mi megi….

Jadi, tanpa membuang masa, rakan-rakan dan member-member ni pun bengang la dengan si Hegnes ni. Dorang semua fikir yang mamat ni tak nak menjawab panggilan, membalas pesanan sebab dia ni dah ‘kaya’ (la kononnya..). Dorang setuju yang mamat ni takut kawan-kawan call dan SMS sebab nak pinjam/minta duit dia. Ya la, dah la mamat ni  berhenti kerja pun tak bagi salam kat kawan-kawan kat tempat baru tu, kawan-kawan call dan mesej pun nak bertanya khabar, kerja kat mana, atau ada bisnes/projek apa ke.  Bukannya tak ada member lain yang dapat duit pampasan yang banyak macam dia (how long is a couple of ten of thousand can last nowadays..?), malah dapat lebih lagi daripada dia. Tak ada pun member tu berperangai ‘huduh’ macam dia..

Sebenarnya memang ada juga kawan yang nak meminjam daripada dia. Itu pun sebabnya kereta kawan ni rosak, kereta yang dia pakai buat pergi kerja. Lagipun kawan ni baru je lepas kahwin, jadi banyak la duit habis. Ala, bukan nak pinjam banyak pun. Not 50 tu dalam dua keping je. Lagipun bukan kawan tu nak minta, tapi nak pinjam. Tau la dia membayarnya.  Lagipun kawan ni pernah duduk serumah dengan dia masa sama-sama kerja di SS dulu, makan sepinggan, tidur sebantal (masing-masing dengan pinggan dan bantal sendiri la, :-) ), boleh si Hegnes ni buat kawan dia macam ni.. kalau mamat ni anggap kawan dia ni ‘kawan’ la.. Maka, skala ukuran tahap kebengangan kawan-kawan terhadap mamat ni semakin tinggi la jadinya..

Tapi itu semua belum cukup lagi. Ada seorang lagi kawan Hegnes ni yang lebih bengang daripada member-member yang lain. Kita panggil je dia Sasma. Apasal dia ni lebih bengang? Macam ni: Kereta Sasma ni dilengkapi satu sistem keselamatan yang yang berkonsepkan Touch ‘n Go. ‘Touch’ kad sekuritinya di tempat tertentu, jadi baru boleh keretanya ‘go’. Maka si Hegnes ni pun berminatlah juga. Jadi dia pun nak pasanglah kat kereta buruk dia tu. Tapi dia bukannya bayar sekaligus habis. Hutang, bayar bulan-bulan. Ala, tak sampai pun RM100. Yang lebih ‘best’, si Sasma ni pula yang jadi penjaminnya. Jadi korang dapat agak tak apa yang membuatkan  Sasma bengang ni. Sudah pasti psal mamat Hegnes ni tak bayar ansuran bulanan yang beberapa puluh je tu! Pelik. Padahal gaji sebulan dekat Kx3. Tu masa kat SS. Lepas dah dapat duit pampasan pun tak dibayarnya juga. Sampai pihak recovery contact Sasma nak kutip hutang. Dah tu,  di’contact tak dapat pula. Jadi, siapa tak bengang, kan?

Tu semua masa dia ada duit. Kawan-kawan contact tak dilayannya. Mamat ni la yang boleh digelarkan sebagai “kawan ketawa“, kawan yang hanya bila kita “ketawa” dia pun boleh tumpang “ketawa”, tapi bila kita “menangis”, dia cepat-cepat lari sebelum kita tumpang “menangis” kat dia pula.

“Ye la, tu dulu. Sekarang jangan pulak cari aku kalau ada apa-apa hal.” Tu kata antara kawan-kawan yang bengang dengan si Hegnes. Sebab dorang cakap macam tu, si Hegnes ni dan mula contact-contact ‘kawan-kawan’, bertanyakan ada kerja-kerja kosong kat tenpat dorang bekerja. Aik? Mana duit dia yang banyak sangat tu? Rupa-rupanya masa berduit dulu, dia tak bekerja. Jadi bila dah kontang, mula la ingat member-member, ye..? Dia contact dorang guna nombor hp yang dipakai sebelum dapat pampasan dulu. Jadi dorang tahu la yang dahulu mamat ni memang nak mengelak daripada dihubungi. Hegnes, Hegnes.. bagusnya perangai kau, kata dorang.

Dan setahu aku, MEREKA ITU SAHAJALAH kawan-kawannya di JB ni. Tu pun sebab pernah kerja bersama-sama. Jadi, siapa lagi yang dia nak tumpang “menangis”, kalau tak dorang tu semua. Itu pun kalau dorang masih nak pedulikan pasal dia. Kalau tak, mamat ni kena gulung tikar la, balik kampung..

Apa la mamat ni buat sekarang ye.. Entah-entah dia masih contact ‘kawan-kawannya’ tu. Tu la, dah merantau tu, dah duduk menumpang negeri orang, pandai-pandai la bawa diri.

*sigh* HEGNES, HEGNES…. *sigh*

“Dalam hati: Bila aku susah..
Dalam lafaz: ..kita semua jangan berpisah.”
(*Semasa bekerja dan menyewa bersama..)
“Dalam bank: Bila aku senang..
Dalam kereta: ..korang semua tak payah sibuk nak menumpang.”
(*..apabila dah dapat duit dan nak berjoli..)
“Dalam poket: Bila dah kempis balik..
Dalam henfon: ..amacam Datuk, ada lubang baik?!”
(*..duit dah habis baru nak ingat kawan!)

Hmm.. panjang pula N3 ni. Tak pe lah, asal dapat kongsi dengan korang, dan semoga dapat kita sama-sama berfikir. Cerita ni pun aku tak tulis penuh, ambik yang penting-penting je. Kongsikanlah pula pendapat korang di bawah ye.

p/s: Ada sesiapa pernah jumpa orang macam ni?


, ,
Posted in Lifefile, Sosialis | Tagged , , | Leave a comment

Selamat Hari (Raya) Pengorbanan

Semalam aku dapat e-mel daripada seorang rakan. Sambil dia mengucapkan  Selamat Hari Raya Aidiladha kepada aku, dia juga meberitahu aku pasal seorang wanita lumpuh yang menjalankan perniagaan melalui internet. Jadi sempena Hari Raya Qurban esok, juga kisah pengorbanan wanita tabah ini demi menyara kehidupan di samping membesarkan anak-anak dan menjaga ibunya yang juga mengidap sejenis penyakit, di dalam keadaan ditinggalkan suami yang tidak sanggup berkongsi derita, kita kutilah kisah Puan Haryani binti Mat Husin dari Kota Bahru, Kelantan ini.

SUDAH jatuh ditimpa tangga, begitulah diibaratkan ibu tunggal tiga anak yang diceraikan suami kedua lantaran dia menghidap penyakit saraf (Guillan Barre Syndrome).

Penyakit berkenaan membabitkan keadaan lumpuh separuh badan, enemia dan usus terlalu nipis serta kemungkinan besar akan hilang deria penglihatan.

Dengan kemampuan yang sangat terbatas, Haryani Mat Hussin, 31, tidak mempunyai pendapatan tetap dan hanya mengharapkan ibu yang bertugas sebagai guru. Malangnya sejak setahun lima bulan lalu, ibunya menghidap penyakit ‘ketidaktentuan kebimbangan’ yang menyebabkan dia sukar tidur. Justeru dia tidak boleh tertekan kerana akan menyebabkan penyakitnya datang semula. “Ini menyebabkan ibu saya tidak mampu bergerak dan hanya terlantar saja. Mujur ketika itu masih sihat, jadi saya menghantar dan mengambil anak ke sekolah serta melakukan kerja rumah,” katanya yang berasal dari Kelantan.

Menurut Haryani, kesakitan yang dialaminya bermula sejak tiga tahun lalu iaitu selepas melahirkan anak ketiga. “Selepas habis pantang saya langsung tidak boleh makan serta mengalami gastrik yang teruk. Doktor memberitahu usus semakin menipis menyebabkan saya langsung tidak boleh makan makanan keras, cuma bubur dan air. Kemudian saya diserang anemia sehingga dimasukkan dua pain darah dan terpaksa ditahan di wad,” katanya.

Selepas pulang ke rumah, keadaan Haryani semakin teruk. Dia tidak boleh berjalan disebabkan kedua-dua kakinya yang sangat lemah. Apabila duduk dia mengambil masa yang sangat lama untuk bangun. Selepas seminggu, Haryani sekali lagi dimasukkan ke hospital dan doktor pakar memberitahu dia menghidap penyakit saraf yang sangat serius disebabkan lambat mendapatkan rawatan. “Saya akui dengan sumber pendapatan tidak seberapa, tidak mampu mendapatkan rawatan doktor pakar. Tetapi kerana tidak tahan dan tidak sanggup menanggung kesakitan, saya menggunakan duit simpanan ibu serta pinjaman adik-beradik berjumlah RM9,000 untuk 12 hari rawatan. “Kos ubat-ubatan sangat tinggi. Satu botol ubat saraf berharga RM300 dan saya memerlukan lapan botol untuk lima hari rawatan. Dengan jumlah yang semakin bertambah serta perbelanjaan harian, persekolahan dan rawatan ibu, memang saya tidak mampu. Itu pun saya sudah menggunakan semua hasil simpanannya,” kata Haryani sayu. Doktor pernah mencadangkan Haryani menjalani rawatan mencuci darah disebabkan dia tidak boleh terlalu bergantung kepada ubat sepenuhnya kerana usus yang semakin menipis, namun dia tidak sanggup menanggung risiko. Bagi Haryani dia sanggup menanggung kesakitan di rumah dan apabila sudah tidak tahan barulah ke hospital. Sudah beberapa kali Haryani mengunjungi Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Pusat Zakat untuk mendapatkan bantuan, tetapi sehingga kini, dia masih tidak mendapat sebarang jawapan. Dia juga sudah penat turun naik tangga, namun hasilnya tiada. “Mungkin mereka ingat saya mampu bekerja disebabkan masih muda serta boleh berjalan. Tetapi itu dulu, sekarang dengan duit simpanan yang semakin berkurangan, ibu terlantar sakit, kaki yang lumpuh menyebabkan saya amat memerlukan bantuan kewangan untuk menyara ibu, tiga anak serta kos rawatan saya. Suami pula langsung tidak memberi nafkah,” katanya yang melalui dua kali perkahwinan namun kedua-duanya tidak menemui kebahagiaan. Menurutnya, perkahwinan kali pertama ketika dia berusia 18 tahun atas pilihan keluarga. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Nuraliya Erissha, 12, dan NorIkhtisam, 7. Namun harapkan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari, kebahagiaan yang didambakan namun penderitaan yang diperoleh. Haryani terpaksa reda dengan perpisahan.

Kemudian Haryani dipertemukan jodoh dengan suami kedua yang tiga tahun lebih muda daripadanya. Perkahwinan ini juga diatur keluarga.

“Pada mulanya kami bahagia, namun selepas melahirkan anak pertama, Noraiman yang kini berusia tiga tahun, saya terus jatuh sakit. Lebih malang suami menceraikan saya kerana tidak sanggup menjaga saya yang sedang terlantar sakit. Malah selepas itu bekas suami tidak pernah memberi nafkah cuma suami pertama sahaja, itu pun ketika awal perceraian,” katanya. Kini penglihatan Haryani semakin kabur. Malah keadaan kakinya masih seperti dulu, tidak boleh bergerak. Dia tidak tahu sampai bila mampu bertahan, namun dia sentiasa berdoa Tuhan memanjangkan usianya. “Hidup saya kini hanya untuk anak-anak sahaja. Selagi saya masih bernafas, saya akan berusaha untuk membesar dan menyekolahkan mereka walau dengan apa cara sekali pun. Saya tidak sanggup berpisah dengan mereka kerana anaklah penguat semangat saya selama ini. “Bagi menambah rezeki, saya berjinak-jinak menjual selimut dan cadar dewasa. Saya berharap hasil penjualan ini sedikit sebanyak dapat digunakan untuk perbelanjaan harian,” katanya. Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan, boleh menghubungi Haryani di talian 017-6188691.

*Dipetik dari Haryani Collection

Aku harap kita semua dapat mengambil pedoman daripada kisah Puan Haryani ini. Semoga usahanya menyara keluarga dengan berniaga melalui internet ini dapat keredhaan Ilahi dan memenuhi keperluannya, InsyaAllah. (Aku yang wal’afiat ni pun belum lagi berbisnes internet, huhu.) Kepada korang yang nak membeli barangan jualannya/memberi sumbangan, kliklah mana-mana link dan gambar di atas. Maklumat lanjut ada di situ. Dan pada kesempatan ini juga, aku ingin mengucapkan

Selamat Menyambut Hari Raya ‘Aidiladha

kepada Puan Haryani serta semua rakan-rakan pengunjung blog budak baharu belajar ni.

p/s: Tahun ni korang ada buat korban tak?

, , , , , , , , , , , , , , , , ,
Posted in Blogger, Internet, Lifefile | Tagged , , , , , , , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Bajet dan Kawan

Beberapa minggu lepas kita semua sudah pun ‘dipersembahkan’  dengan pembentangan belanjawan bagi tahun 2011 ataupun Bajet 2011 yang merencanakan perjalanan negara kita Malaysia ke arah sebuah negara (maju) yang berpendapatan tinggi. Harapan aku dan mungkin harapan korang juga ialah apa yang dirancangkan itu benar-benar memberikan manfaat kepada negara khasnya dan rakyat jelata terutamanya, bukan hanya sekadar memberikan harapan semata-mata.

Tapi aku ada satu perkara mengenai “negara berpendapatan tinggi” ni ialah: jika negaranya berpendapatan tinggi, maka secara tidak langsung perbelanjaan rakyat juga akan menjadi tinggi bagi menampung pendapatan negara, walaupun rakyat menerima gaji/upah yang tinggi juga. Jadi, ‘masuk tinggi = keluar tinggi = tiada kenaikan untuk rakyat’. Betul ke tidak dengan apa yang aku dengar ni, aku pun tak pasti. Ada sesiapa yang boleh tolong perjelaskan di sini..? (Tapi jangan secara emosi, biarlah secara ilmiah ye..) Aku pun tak  mengikuti sebenarnya pembentangan bajet tersebut di media, cuma apa yang aku faham ialah tujuannya iaitu “ke arah negara berpendapatan tinggi”. Tapi aku harap semua ni  adalah yang terbaik untuk rakyat Malaysia.

Jadi, nanti kalau negara dah memiliki pendapatan yang tinggi, harap-harap kita semua juga pun berpeluang merasai pendapatan yang tinggi juga, tanpa perlu terpaksa mengeluarkan perbelanjaan harian yang tinggi. Apabila ini terjadi, maknanya adalah untuk kita lebihan wang sebagai simpanan/pelaburan demi masa hadapan, dan bolehlah juga belanja kawan-kawan ‘ngeteh’, kan.

Kawan.. hmm.. Kalau korang ada baca N3 aku yang lepas, aku ada tulis pasal kawan-kawan yang aku jumpa/temui kembali melalui Facebook (FB). Alhamdulillah, sebahagian daripada mereka dah dapat aku hubungi, walaupun cuma via FB. Kepada kawan-kawan aku yang respon tu, terima kasih aku ucapkan. Dan ada juga rupa-rupanya yang tinggal/bekerja di kawasan sekitar Johor Bahru ni juga. Senang la kalau aku nak jumpa dorang semua bila masing-masing ada masa terluang nanti. Korang semua, kontek-kontek aku la ye :-) . Nanti boleh la kita ‘ngeteh’. Yang dekat-dekat, boleh la pergi jumpa kat mana-mana kedai mamak je. Yang jauh-jauh pulak, boleh juga nak jumpa/’ngeteh’ kat mamak, tapi via skype je la. Korang skype dari kedai mamak kat tempat korang, aku skype dari kedai mamak kat sini je :-D , amacam?

Dan kepada mana-mana kawan-kawan/member-member lama yang lain, kalau korang jumpa aku kat FB, add je la aku. Dan kalau korang sampai ke blog aku yang tak seberapa ni, dengan berbesar hati aku ucapkan kepada korang semua

SELAMAT DATANG KE

, , , , , , ,
Posted in Lifefile, Negaraku, Sosialis | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Jauh Di Mata, Dekat Di FB..

Siapa tak kenal FB?

Fulan bin Bulan?

Wak lu.. Facebook la..!


Cerita pasal Facebook ni, atau ringkasan yang glamour`nya~ FB ni, teringat aku masa aku pergi satu mini seminar anjuran Flarebiz (eh, Flarebiz pun FB juga kan.. Ha, siapa pula tak kenal Flarebiz?) di bilik seminar Fuhyoo fm beberapa bulan yang lalu. Tuan General Manager Flarebiz iaitu Labanon ada bertanya, “siapa sini yang tak ada FB?’. Masing-masing menoleh melihat kalau ada sesiapa kat dalam bilik tu yang tak ada FB. Kemudian Labanon bertanya lagi, “siapa sini yang ada FB?’. Dah pasti semuanya mengangkat tangan, termasuk yang bukan peserta sekali. Entah-entah yang ada 2 akaun FB pulak angkat kedua-dua tangan dia. Kalau ada 3 akaun, macamana pulak ye. Lepas tu Tuan GM berkata, ” sekarang ni siapa la yang tak ada FB kan”. Semua peserta nampaknya bersetuju apabila Labanon cakap macam tu. Ye la, dalam zaman IT ni, siapa la yang tak tahu pasal FB, kan.

Tapi beberapa minggu selepas tu, aku rasa kenyataan tu macam kurang tepat la. Sebabnya, kat tempat kerja, aku ada bertanya kat sorang mamat ni. Lebih kurang macam ni dialog aku dengan mamat tu:

“Z, kau ada Facebook tak?”

Dia tanya aku balik:

“Apa tu, kau cakap apa tu?”

Apabila aku tanya dia semula..

“Facebook la.. kau tau tak, Facebook? Ala, yang gitu-gitu tu lah..”

..dia berfikir beberapa jenak. Kemudian cuma menggeleng-gelengkan kepala sambil tersengih macam kerang busuk. Aku cakap kat dia balik:

“Aaahh.. boring la kau ni..!”

..kataku seraya berlalu pergi sambil berkata di dalam hati:

“Malas la aku nak cakap pasal FB dengan kau lagi.”


Mari kita tinggalkan si Z dengan labu-labunya. Aku nak cerita pula pasal BF & GF. Dalam awal-awal ‘perkenalan’ aku dengan FB, BFs aku adalah antara yang termasuk dalam senarai awal rakan aku. Memang la kami selalu berhubungan sebelum berFB, dan selepas berFB semakin rapat la sepatutnya la kan. Tapi apabila dah berFB, jarang pula kami berhubungan, walaupun di FB. Mungkin BFs aku sibuk agaknya. Tapi, takkan la sibuk memanjang je beb! Sekurang-kurangnya apabila aku tulis kat ‘dinding’ korang ataupun aku komen kat status korang, balas la. Kita ni kan BFs sejak ‘lahir’ lagi kan..  Appreciate our almost-three-decades-long relationship, please..

Begitupun, dalam beberapa hari lepas, aku dapat ‘bertemu’ kembali dengan beberapa orang GFs lama aku sejak bersekolah dulu, juga melalui FB. Apabila jumpa dorang, aku pun terus je add dorang. Alhamdulillah, ada GFs aku  tu yang dah memberikan respon. Yang lain tu, aku tunggu respon korang. Ye la, mungkin korang bukan live online. Tapi takpe, jangan korang punya lives are on the line, sudah.

Jadi, N3 aku kali ni lebih kepada pemanipulasian laman sosial #1 ni oleh aku, BFs aku, juga GFs aku. Kalau takde FB ni, mungkin aku tak jumpa sebahagian daripada korang, terutamanya GFs aku tu. Tapi aku takde la taksub sangat dengan FB ni, sampai nak pergi berak Perak(?) pun nak tulis kat ‘dinding beb..

Kepada BFs, GFs, dan juga rakan-rakan FB aku yang lain, walaupun korang “jauh di mata, tapi korang dekat di FB..”

, , , , , , , , , , ,
Posted in Lifefile, Sosialis | Tagged , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM

Begitulah akan gerangan judul N3 AzizeilHameid.com pada kali ini. Sebab mengapakah judul yang sedemikian rupa ini digunapakai untuk N3 ini? Sebabnya ialah~~~~!

Saya nak DETOX FOOT PAD dari HAZMANFADZIL.COM !!!!

Straight to the point je kan, haha!  Boleh gitu bro Hazman? :-)

Mula-mula terbaca pasal N3 pasal giveaway ni di blog bro Ijad, aku memang berhajat untuk mencuba nasib/menguji bakat/menjerumuskan diri join angkatan blogger yang lain untuk turut serta dalam assignment yang dianjurkan oleh bro Hazman di blognya HazmanFadzil.com. Bukannya apa, bila mengetahui  ada insan bermurah hati ingin menyedekahkan benda yang aku memang nak cuba pakai (tapi tak pernah cuba nak beli, hahahaha!), secara automatiknya aku terus komen di blog bro Ijad yang aku nak join juga. Lagipun benda ni bagus, dapat  menyah-toksin dari badan  kita. Foot pad/patch ni yang aku tahu dulu cuma Kinohimitsu je, rupa-rupanya sekarang tidak lagi. Banyak jenis dah yang berada di pasaran sekarang. Salah satunya Detox Foot Pad ni. Kat fb tu pun aku ada perasan juga kawan-kawan aku kena tag oleh taggers dengan koyok tapak kaki, tapi jenama apa aku tak perasan pulak. Sebab apa aku panggil koyok tapak kaki? Sebabnya benda alah ni di tampal di tapak kaki, macam dalam gambar ni ha..

Itu satu. Yang keduanya, sama ada aku akan dapat atau tidak foot pad/patch ni, InsyaAllah aku akan dapat tambahan seorang atau beberapa orang lagi rakan di dunia tanpa batasan ni. Bak kata pepatah (ataupun madah ke..?), “berkawan biar berjuta beribu, ber’ehem-ehem’ biarlah satu persatu“.

Yang ketiganya pulak, blog aku ni baru je sehari jagung usianya. Jadi dengan turut serta dalam acara blogging beramai-ramai macam ni, aku harap dapat la juga secara tidak langsung mempromosikan blog hingusan ni (disertai dengan sound effect: “srrooott”). Nak pergi bengkel blogging tak mampu, sekadar blog picisan ni je la yang aku dapat persembahkan. Tapi aku akan cuba memperbaikinya lagi saban waktu. Kira ni adalah N3 serampang tiga mata la.

Pelawat: Yuu huuu..! Awak dah ke mana ni?! Ni kan N3 pasal nak dapatkan Detox Foot Pad tu!!

Aku: ……………

Pelawat: Apasal diam?

Aku: Err.. err.. Oh ye.. Ok, baiklah. Ya, marilah kita bersama-sama mendapatkan penyah-toksin badan dengan Detox Foot Pad daripada HazmanFadzil.com, hanya dengan menyertai assignment ini. Keputusan penganjur adalah muktamad, email-meng`email tidak dilayan.

, , , , , , ,
Posted in Blogger | Tagged , , , , , , , | 1 Comment